Tips 5: Promosi Menggunakan E-mail

E-mail ialah satu cara untuk mengirim massage atau pesanan. Penggunaan e-mail paling popular dikalangan pengguna internet. Boleh dikatakan, setiap individu yang menggunakan internet mempunyai sekurang-kurangnya 1 alamat e-mail. Oleh itu, e-mail merupakan cara yang amat baik untuk mempromosi ataupun memasarkan produk ataupun laman web anda. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan e-mail secara percuma. Google dan Yahoo adalah penyedia e-mail yang paling popular dikalangan pengguna.

Walaubagaimanapun, kredibiliti e-mail sebagai alat pemasaran dan pempromosian telah dimusnahkan lantaran terdapatnya banyak e-mail-email yang tidak berguna atau lebih dikenali sebagai junk mail ataupun spam yang diterima oleh pengguna.

Namun begitu, terdapat cara-cara untuk menggunakan e-mail secara efektif. Yang penting sekali, jangan sesekali menghantar e-mail secara melulu atau membabi buta, mempromosikan laman web atau produk anda. Ini akan menukarkan e-mail anda menjadi junk mail. sekaligus menyebabkan penerima tidak akan mengendahkan e-mail anda. Ia juga akan menyebabkan sikap profesional anda sekaligus menjatuhkan imej perniagaan anda.

Cara terbaik ialah menghantar e-mail kepada mereka yang meminta ataupun bersetuju menerima e-mail anda. Dengan cara ini, anda tidak dianggap menghantar junk mail, malah e-mail anda amat dinanti-nantikan oleh penerima, kerana mereka meminta maklumat  melalui e-mail anda.

Tips 4 : Newsgroup dan Forum

Satu lagi teknik untuk meningkatkan bilangan pelawat ke laman web anda ialah dengan menyertai forum dan newsgroup. Terdapat banyak forum dan newsgroup di internet yang membincangkan pelbagai topik. Contohnya, Forum wang internet. Atas sebab inilah, maka forum dan newsgroup boleh menjadi tempat mempromosikan yang baik.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari forum ataupun newsgroup yang berkemungkinan memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Anda juga boleh mencarinya melalui enjin carian.

Cara memperomosikan perlulah betul. Perbuatan mempromosikan perniagaan anda secara membuta tuli di setiap ruang perbincangan amatlah ditegah. Kerana ianya dapat mengundang kemarahan moderator form tersebut sekaligus mencemarkan nama baik laman web anda.

Cara yang terbaik untuk mempromosikan laman web anda adalah dengan menghantar sebuah artikel yang dikarang sendiri. Ianya perlulah berkait dengan perniagaan anda dan perkara yang dibincangkan. Contohnya, laman web anda adalah berkaitan dengan perniagaan internet, maka anda boleh menulis tentangnya dan meletakkannya di forum perniagaan internet sebagai sebuah topik baru untuk pembaca menambahkan pengetahuan.

Di akhir artikel tersebut, anda bolehlah meletakkan link ke laman web anda atau cara-cara menghubungi anda.

Dengan menulis artikel, anda dapat menunjukkan kepakaran anda dan meyakinkan orang ramai kepada produk atau perkhidmatan anda.

Tips 3: Direktori

Jika enjin carian atau search engine menggunakan perisian automatik untuk menyenaraikan laman web anda, direktori pula menggunakan manusia untuk menyenaraikan laman web anda.

Jika dilihat sekali imbas, memang tidak nampak perbezaan antara search engine dengan direktori. Secara amnya, derektori akan menyenaraikan laman web mengikut kategori.

Antara senarai direktori ialah

  • Google directory
  • Yahoo! directory
  • Lycos directory
  • Dmoz.org

Kebanyakan direktori seperti Yahoo! directory dan Lycos directory mengenakan bayaran yang agak tinggi kepada pelanggannya untuk disenaraikan di dalam datebase mereka. Selepas bayaran, syarikat direktori tersebut akan menghantar seorang wakil yang akan melawat laman web anda bagi menentukan sama ada laman web anda layak untuk dimasukkan ke dalam direktori mereka, serta sama ada ketegori yang anda letakkan adalah betul.

Boleh dikatakan secara rata, direktori adalah lebih tersusun dan mengandungi laman-laman yang berkualiti. Ini akan memudahkan pelayar membuat carian mengikut kategori.

****dmoz.org menawarkan perkhidmatan direktori secara percuma****