Tips 2:Sistem Enjin Carian Berbayar (Pay-Per-Click)

Sistem ini akan mempercepatkan lagi laman anda disenaraikan di enjin pencari (kurang dari sejam). Namun begitu, anda perlu membayar sejumlah wang untuk setiap klik yang anda terima yang membawa ke laman web anda. Anda boleh menetapkan jumlah bayaran mengikut kemampuan perniagaan anda. Contohnya ialah 20 sen bagi setiap klik.

Sistem enjin carian berbayar ataupun dengan kata lainnya “Pay-Per-Clik” ini amat popular bagi mereka yang ingin menambah bilangan pelawat ke laman web mereka. Pilihan ini amat baik bagi yang mempunyai modal promosi untuk dilaburkan.

Khidmat “Pay-Per-Clik” akan menjamin kedudukan anda di bahagian atas enjin pencari, melainkan jika pesaing anda membuat tawaran bayaran yang lebih tinggi daripada anda melalui proses bidding. Contohnya, anda= 20 sen. Pesaing anda=30 sen, maka dia akan mendapat kedudukan yang lebih baik daripada anda.

Antara servis Pay-Per-Clik yang popular ialah

  1. Google Ad Words
  2. FindWhat
  3. Overture
  4. Kanoodle

Servis ini juga amat berguna untuk mencuba pasaran anda dan melihat reaksi pasaran anda dengan cepat dan mudah untuk memperbaiki laman anda.

Untuk senarai search engine, sila rujuk artikel saya di bawah tajuk Cara menambah bilangan pelawat ke laman web anda