Bagaimana hendak memulakan perniagaan internet

Perkara yang mesti anda lakukan untuk memulakan perniagaan internet ialah membina laman web. Anda boleh membina laman web sama ada laman laman web berbayar ataupun web percuma. Tetapi saya syorkan anda membina laman web yang berbayar. Kerana terdapat lebih banyak kelebihan menggunakan laman web berbayar. Antaranya ialah anda lebih bebas untuk meletakkan apa saja dan sebanyak mana yang anda suka. Anda juga dapat membina keyakinan pelanggan yang anda ini amat bersungguh-sungguh dalam mengerjakan perniagaan anda. Anda juga dapat membuat domain name anda sendiri.

Dengan adanya domain name sendiri, anda tiada sekatan untuk membina seberapa laman blog yang anda suka (pastinya dengan nama yang berbeza). Selain itu, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan blog percuma kepada pelanggan anda. Traffic anda akan meningkat.

Kelebihan yang lain tentulah anda boleh membina laman web anda dengan domain name anda. Menjual produk dengan menjadi reseller, menyertai program affiliate dan sebagainya. Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan Membership Site dengan mengenakan bayaran bulanan kepada ahli (mesti ada produk/perkhidmatan percuma untuk diberi kepada ahli). Jadi sumber pendapatan anda akan datang dari pelbagai cabang. Terpulanglah sekreatif mana anda untuk menjana wang di internet. Contoh domain name (www.7harimahiradsense.com)

Tetapi, jika anda masih baru lagi dalam bidang perniagaan internet, saya syorkan anda membina laman web percuma terlebih dahulu. Selepas mahir menggunakannya barulah anda boleh membeli satu domain name anda sendiri.

Kelebihan menggunakan laman web percuma pula ialah tidak perlu keluarkan modal. Mudah diuruskan. Tak perlu apa-apa software atau peralatan untuk membuatkannya nampak hebat dan menarik.Template Adsense siap untuk digunakan. Hanya perlu sedikit editing. (alipid.wordpress.com / pelajarpunya.blogspot.com) Contoh laman web yang menyediakan laman web percuma ialah www.blogger.com, www.wordpress.com, www.freeweb.com dan banyak lagi.

Cara bayaran melalui internet

Terdapat beberapa cara untuk membayar atau menerima bayaran melalui internet. Cara pertama ialah bayaran menggunakan cek, dimana para pelanggan akan menghantar cek melalui pos. Cara kedua pula ialah bayaran menggunakan wang pos. Para pelanggan akan menghantar bayaran menggunakan pos apabila menggunakan cara ini. Cara ketiga pula ialah bayaran menggunakan bank-in. Dalam situasi ini para pelanggan akan memasukkan bayaran ke bank akaun perniagaan anda. Cara yang keempat pula ialah melalui kad kredit. Dalam sistem ini, para pelanggan akan membayar menggunakan kad kredit mereka dan bayaran tersebut akan dimasukkan ke akaun penjual. Cara yang paling popular ialah bayaran menggunakan cara yang keempat iaitu melalui kad kredit. Walaupun cara 1,2 dan 3 adalah cara tradisional, pilihan patut diberikan iaitu dengan meletakkan kesemua sistem tadi. Ini membolehkan pelanggan membuat pilihan tersendiri yang mana paling sesuai untuk diri mereka.