Pengenalan

Terdapat berbagai cara untuk menjana pendapatan melalui internet. Antaranya ialah menjalankan perniagaan internet. Ia merupakan satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai tempat penjualan. Perniagaan ini tidak memerlukan penjual atau pembeli bersemuka. Penjual akan mempromosikan dan menerangkan mengenai produk di laman web dan pembeli akan membeli melalui laman web tersebut. Kedua pula ialah menjadi affiliate partner. Affiliate partner ialah menolong mempromosikan sesuatu produk kepada orang lain. Mereka yang menjadi affiliate partner akan dibayar mengikut jumlah produk yang dapat dijual. Ketiga ialah meletakkan adsense pada laman web. Ini biasa di lakukan oleh pemilik-pemilik laman web yang mahu menambah pendapatan mereka.