Cara menambah bilangan pelawat ke laman web anda

Terdapat beberapa cara untuk menambah bilangan pelawat ke laman web anda. Antaranya ialah dengan mempromosikan laman web anda. Terdapat bebgaia cara untuk mempromosikan laman web anda. Antara cara yang popular ialah:

  1. Enjin carian (search engine)
  2. Direktori
  3. E-mail
  4. Forum atau newsgroup
  5. Membeli iklan
  6. Bertukar link
  7. pengiklanan bukan internet

Pempromosian menggunakan enjin carian (search engine)

Enjin carian adalah cara paling popular untuk mencari sesuatu di internet. Antara enjin carian yang popular ialah:

  • Google
  • Crawler
  • Yahoo
  • MSN
  • AOL
  • Lycos
  • Infospace
  • Ask Jeeves

Sebenarnya, terdapat banyak lagi enjin carian. Tetapi ianya tidak berapa penting. Namun, enjin carian tempatan seperti cari.com.my, catcha.com.my dan yang lain-lain patut diberi perhatian.

Cara untuk memasukkan laman web pada enjin pencari adalah melalui butang “add site” enjinh pencari tersebut. Untuk disenaraikan di search engine, anda hanya perlu menghantar domain name anda sahaja. Laman-laman lain akan direkodkan oleh search engine secara automatik.

Masa yang  diperlukan untuk memasuki search engine adalah 2 minggu hingga 4 bulan untuk disenaraikan. Search engine tersebut memberi perkhidmatan percuma untuk memasukkan laman anda ke pangkalan data mereka. Namun, terdapat juga pilihan untuk membayar kemasukkan anda.

Hal ini akan dikongsikan bersama anda dalam artikel seterusnya.