Tips 4 : Newsgroup dan Forum

Satu lagi teknik untuk meningkatkan bilangan pelawat ke laman web anda ialah dengan menyertai forum dan newsgroup. Terdapat banyak forum dan newsgroup di internet yang membincangkan pelbagai topik. Contohnya, Forum wang internet. Atas sebab inilah, maka forum dan newsgroup boleh menjadi tempat mempromosikan yang baik.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari forum ataupun newsgroup yang berkemungkinan memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Anda juga boleh mencarinya melalui enjin carian.

Cara memperomosikan perlulah betul. Perbuatan mempromosikan perniagaan anda secara membuta tuli di setiap ruang perbincangan amatlah ditegah. Kerana ianya dapat mengundang kemarahan moderator form tersebut sekaligus mencemarkan nama baik laman web anda.

Cara yang terbaik untuk mempromosikan laman web anda adalah dengan menghantar sebuah artikel yang dikarang sendiri. Ianya perlulah berkait dengan perniagaan anda dan perkara yang dibincangkan. Contohnya, laman web anda adalah berkaitan dengan perniagaan internet, maka anda boleh menulis tentangnya dan meletakkannya di forum perniagaan internet sebagai sebuah topik baru untuk pembaca menambahkan pengetahuan.

Di akhir artikel tersebut, anda bolehlah meletakkan link ke laman web anda atau cara-cara menghubungi anda.

Dengan menulis artikel, anda dapat menunjukkan kepakaran anda dan meyakinkan orang ramai kepada produk atau perkhidmatan anda.