Punca kegagalan perniagaan internet

Terdapat beberapa punca kegagalan perniagaan internet. Antaranya ialah:

  1. Tiada perancangan

Kata orang tua-tua, jangan berlari sebelum berjalan. Maksudnya apabila kita hendak melakukan sesuatu kita perlulah mengikut turutan dan perancangannya. Begitu juga dengan perniagaan internet. Jangan gelojoh ketika memulakan perniagaan internet. Lakukannya langkah demi langkah. Kerana terdapat banyak masa dan ruang untuk berkembang pada masa yang akan datang. Anda juga boleh membuat jadual perancangan untuk merekodkan perkembangan internet anda. Contohnya, dalam seminggua, apa yang ingin anda lakukan dengan perniagaan anda? Mungkin menambahkan lagi maklumat ataupun informasi berguna untuk laman web anda. Perancangan amat penting untuk memastikan semua kerja berjalan dengan lancar dan teratur. Dengan membuat kerja sedikit demi sedikit, lama kelamaan ia pasti menjadi sebuah laman web yang hebat. Contohnya, anda menulis satu tips sehari yang kemudiannya tips itu dikembangkan menjadi sebuah artikel. Cuba bayangkan jika anda menulis satu tips sehari, dalam masa 3 bulan, laman web anda sudah mencapai 100 muka surat! Satu laman web yang penuh dengan informasi yang boleh menarik ramai pelawat untuk sentiasa melawati laman web anda.

2. Cuba melakukannnya seorang diri

Tidak semua orang dapat mendirikan perniagaan internet seorang diri. Seringkali anda perlu, memberi dan membahagikan pekerjaan bersama rakan-rakan perniagaan ataupun mengupah orang luar yang lebih berpengalaman. Cara ini dapat mengurangkan beban kerja anda dan perniagaan anda dapat dilakukan dengan lebih lancar. Kerana setiap manusia itu mempunyai kelemahan. Mungkin anda boleh membuat isi kandung laman web tersebut, tetapi anda mungkin memerlukan khidmat pereka laman web untuk menyediakan atur cara asas dan pakar grafik untuk menyediakan grafik untuk laman web anda. Pembahagian ini amat penting bagi membantu kelemahan anda.

3. Laman web perniagaan pasif

Jika and mempunyai laman web yang hebat pun tidak berguna jika tidak dijaga dan diurus serta dipromosikan. Langkah-langkah ini amat penting terutamanya memperomosikan laman web bagi memastikan laman web anda sentiasa dipenuhi pelawat. Masa dan tenaga perlu dilaburkan untuk mempromosikan laman wweb anda. Malangnya, ramai yang berpendapat setelah laman web selesai dibina, kerja memulakan perniagaan internet sudah berakhir. Mendirikan laman web adalah langkah pertama tetapi bukannya langkah terakhir. Promosikanlah laman web anda secara berterusan. Ini kerana aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling penting dalam perniagaan internet. Dan boleh dikatakan juga, mempromosikan laman web itu 90% daripada menjalankan perniagaan internet

4. Tidak mengendahkan pelawat

Satu kebaikan internet adalah dengan membenarkan interaksi pelawat laman web anda. Cara termudah adalah melalui e-mail. Segala komen dan pendapat pelawat anda haruslah diambil kira untuk memperbaiki laman web dan perniagaan anda. Anggap komen positif dan negatif sebagai asas untuk memperbaiki laman web anda untuk berjaya!

5. Mengabaikan undang-undang

Undang-undang internet masih lagi kabur. Walubagaimanapun, amalan-amalan yang tidak sihat hanya akan memusnahkan perniagaan anda. Mungkin keuntungan boleh dipungut sementara, tetapi ianya akan merosakkan perniagaan anda pada masa akan datang. Amalan seperti spamming adalah amat merbahaya untuk perniagaan anda! Tindakan peggantungan Merchant Account dan Web Hosting boleh dikenakan.

6. Produk dan perkhidmatan yang salah

Pemilihan produk perlu dilakukan sebelum dipasarkan di internet. Bukan semua produk boleh dipasarkan dengan berjaya melalui internet. Sebagai contoh, menjual sotong segar dari Pulau Redang ke Australia. Cara terbaik menentukan produk adalah dengan mencari permintaan terlebih dahulu sebelum menentukan perniagaan anda.