Bagaimana nak buat laman web (wordpress)

Satu lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan laman web percuma kepada kita ialah wordpress. Cara mengendalikan wordpress amat mudah walaupun kepada pengguna baru. Cara-cara untuk memulakannya ialah:

  1. Mula-mula, anda pergi dulu ke url www.wordpress.com
  2. Kemudian, klik pada sign up
  3. Anda akan di bawa ke satu halaman untuk mengisi maklumat tentang username, password dan e-mail anda. Isikannya selengkapnya.
  4. Klik next
  5. Muncul pula satu halaman yang meminta anda mengisi tentang maklumat peribadi anda.
  6. Klik save profile.
  7. Setelah itu, muncul pula satu halaman yang meminta and mengisi domain name, nama blog, dan bahasa yang anda inginkan
  8. Klik create blog

Blog anda telah didaftarkan dan sedia untuk dimasukkan dengan artikel.

Untuk menulis artikel, anda tekan tulis,

Untuk mengedit artikel, anda klik urus,

Untuk mengubah tamplate anda dan menukar/ memesang widget, anda klik pada design.

Untuk mengubah setting laman web anda klik setting

Untuk mengubah profil anda klik pengguna.

Itu saja, mudah kan

Sebelum terlupa, anda juga boleh memasukkan google adsense pada laman web baru anda ini.