Internet Marketing Cure

Pernahkah anda mendengar tentang seorang penulis e-book iaitu Scott Boulch. Bagi yang sudah biasa dengan perniagaan internet, nama itu sudah tidak asing lagi kepada kita.

Baru-baru ini, beliau (Scott Boulch) telah menerbitkan sebuah e-book percuma setebal 59 halaman. Sebanyak 15 topik telah dibincangkan dalam e-book tersebut. Bagi saya, setiap yang hendak berjaya patut membaca buku tersebut. Ianya ditulis dalam bahasa Inggris bagi memudahkan masyarakat dunia membacanya.

Antara topik yang terkandung ialah:

  1. Digital Ebola Virus Strikes Internet Marketers!
  2. Mining the Miners
  3. The Dreaded “T” Words
  4. “Gurus” vs. “DoRus”
  5. The Two Paths of an Internet Marketer
  6. The Rise of the DoRu!
  7. Turning a $29 sale into a Six Figure Income!

Jadi dapatkanlah sekarang di
http://www.theinternetmarketingcure.com

Sebelum terlupa ia juga menyajikan peluang menjana wang iaitu setiap yang mendownload dari link referallnya akan di bayar seebanyak $0.50 ataupun RM 1.50.

Selamat membaca…..

2 Langkah untuk berjaya

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapati dari e-kursus yang saya sertai. Kursus tersebut juga menyatakan tentang panduan daripada seorang usahawan internet yang berjaya menjadi jutawan yang menyatakan bahawa hanya ada 2 Langkah saja untuk berjaya menjana pendapatan melalui internet iaitu:

  1. Anda perlu cari satu produk dan
    adakan promosi produk tersebut.
  2. Promosikan produk tersebut secara
    besar-besaran dan ulanginya lagi dan
    lagi.

Cuba anda berfikir sejenak, pasti anda akan bersetuju dengan kata-kata beliau itu. Kerana untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita perlulah mempromosikannya dengan berulang-ulang dan untuk mempromosikan produk kita perlulah mempunyai produk tersebut tak kiralah produk sendiri ataupun menjadi affiliate marketer yang mempromosikan produk oarang lain.

Ia sepatutnya menyumbang sebanyak 90% daripada jumlah kerja yang anda lakukan. Mungkin jumlah peratusan yang saya berikan disini hanya anggaran sahaja, tetapi secara faktanya kerja-kerja mempromosikanbarangan memang mengambil masa, tenagadan wang secara langsung.

Untuk mendapat satu produk yang dapat anda promosikan tidaklah sesusah yang anda sangkakan. Jika anda tidak mempunyai produk sendiripun tak apa, jadilah seorang “affilliate” dan dapatkan sebahagian dari peratusan (10%-75%) hasil jualan yang anda lakukan… atau sebaliknya jual produk yang mempunyai lesen hak jualan balik dan dapatkan 100% hasil dari jualan tersebut. Kemudian, anda akan dapat mempromosikan produk ini besar-besaran. Senangkan.

Malangnya, sebahagian besar daripada pengusaha internet (terutamanya yang baru) hanya melakukan langkah yang pertama sahaja iaitu mencari produk dan mengadakan promosi. Mengadakan promosi ini bermaksud hanya mengadakan promosi sekali dua dengan meletakkan beberapa iklan dan e-mail marketing.

Setelah meletakkan beberapa iklan dan menghantar e-mail sekali dua untuk untuk mempromosikan sebarang produk untuk sesuatu jangka masa yang pendek, mereka masih lagi tidak dapat apa-apa hasil. Kemudian mereka berputus asa dan berhenti mempromosikan produk berkenaan – dengan memikirkan yang produk tersebut tidak dapat di jual.

Ok, saya nak tanya berapa kalikah anda melihat dan membaca iklan sesuatu produk sebelum membelinya? Paling kurang 3-4 kali kan. Cubalah aplikasikan situasi ini ketika mempromosikan produk anda iaitu dengan mengadakan promosi tersebut berulang-ulang. Lakukanlah sehingga anda berjaya. Tapi mentang-mentanglah saya katakan supaya anda melakukan promosi berulang kali, anda menghantar e-mail promosi 1 minit 1 kali. Itu dah dikira spamming dan boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti anda terjejas.

Buat Logo Online

Sebagai pengusaha perniagaan internet, mempunyai logo ataupun banner syarikat adalah menjadi satu kepentingan. Terutamanya ketika mempromosikan produk.

Malangnya masih ramai lagi yang tidak pandai membuat logo (termasuklah saya) terutamanya menggunakan software-software seperti Adobe Photoshop, Fire Work dan lain-lain lagi.

Tetapi sekarang masalah ini dapat diatasi kerana,baru-baru ini, ketika sedang melayari internet, saya ada terjumpa beberapa laman web membuat logo secara online. (Rupa-rupanya logo boleh dibuat secara online)

Jangan silap faham , saya tidak akan menerangkan panduan untuk membuat logo menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan sebagainya tetapi sekadar berkongsi laman web yang boleh digunakan untuk membuat logo secara online.Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat logo secara online. 

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah:

  1. www.angelfire.com/biz/banksenterprises/createabanner.html
  2. Logoease.
  3. makeyourbanner.com
  4. www.quickstepdesign.com

Anda tryla satu persatu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.