Tips 8: Pengiklanan bukan internet

Pengiklanan selain internet adalah pengiklanan yang menggunakan sumber-sumber lain sebagia tempat mengiklankan sesuatu produk atau laman web. Malangnya, ramai pengusaha perniagaan di internet mengabaikan pengiklanan melalui cara ini. Mereka menganggap cara ini agak tradisional atau ketinggalan zaman (MAAF bagi yang terasa). Ini merupakan satu kesilapan yang amat besar dan sepatutnya tidak dilakukan kerana mempromosikan sesuatu barang ataupun laman web menggunakan cara ini amatlah berkesan.

Ini kerana, bukan semua orang gemar melayari internet. Jadi cara pengiklanan selain internet dapat memberitahu mereka tentang laman web anda.

Antara cara-cara yang dilakukan untuk mempromosikan sesuatu produk ataupun laman web menggunakan cara ini adalah:

  1. Mencatatkan laman web anda pada bussines kad.
  2. Menggunakan media tulisan tradisional seperti surat khabar dan majalah
  3. Menggunakan media elektronik seperti radio dan television

Cara ini amat berkesan. Sebagai contoh, Gua.com telah berjaya mendapatkan ramai pelawat laman web mereka dengan mengiklankan laman web mereka di television.

Tips 7 : Bertukar-tukar link

Bertukar link merupakan salah satu lagi cara untuk mempromosikan laman web anda. Ia biasanya melibatkan pertukaran link antara laman web anda dengan laman web yang lain secara suka sama suka.

Contohnya, jika laman web anda berkenaan dengan aksesori komputer seperti printer, pendrive dan lain-lain, anda bolehlah bertukar link dengan laman web berkaitan komputer, laman web aksesori kereta boleh bertukar link dengan laman web yang berkaitan dengan kereta.

Apa yang berlaku dengan pertukaran link adalah seperti berikut:

Link anda akan berada pada halaman-halaman yang mempunyai tumpuan dan komuniti yang sama pada laman web yang telah anda setujui untuk bertukar link dan begitulah sebaliknya. Pelawat laman web yang mengunjungi laman web anda mungkin memerlukan khidmat laman web tersebut ataupun pelawat laman web tersebut memerlukan khidmat anda.

Apakah kelebihan yang akan diperolehi?

Dengan meyediakan link-link yang berkaitan, anda sebenarnya telah membantu para pelawat anda, dan kemungkinan besar pelawat tersebut akan kembali pada laman web anda oleh kerana link yang anda berikan amat berguna.

Tips : 6 Membeli Ruangan Iklan

Sudah tentu anda pernah melihat ataupun terlihat, mengelik ataupun terkelik pada banner di merata-rata pelusuk Internet, tanpa mengira pada laman web ataupun e-mail. Konsepnya agak sama dengan iklan yang terdapat dengan banyaknya di kaca televisyen rumah anda. Anda juga boleh melakukannya melalui internet. Bezanya ialahpenggunaan banner dalam sesuatu iklan lebih popular di internet berbanding video promosi.

Pembelian ruangan iklan ataupun banner boleh dilakukan di kebanyakan laman web yang mempunyai ramai pelawat. Anda perlu tumpukan pada laman web yang paling serasi dengan produk atau laman web anda untuk memmastikan respon yang baik dapat diterima.

Contohnya, jika anda mempunyai klinik pergigian, anda bolehlah memperagakan banner anda di laman web kesihatan.

Info tambahan:::::::: Kos banner bergantung kepada saiz banner tersebut:::::::::::::::

Cara kira kos ruang iklan:::::

  1. Kost Per 1,000 Impression (CPM):::::::::::::::: Contohnya RM 20 untuk 1000 kali.
  2. Harga tetap sebulan ::::::::::::::: Harga tetap yang mesti dibayar setiap bulan Contohnya RM 300 sebulan. Ia adalah satu pilihan yang bijak jika laman anda mempunyai banyak pengunjung.