Cara-cara untuk pilih domain name

Pemilihan domain name yang tepat amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Untuk mendapatkan domain name, anda tidak semestinya menggunakan nama syarikat anda, kerana pengguna tidak akan mencari nama syarikat anda, tetapi perkhidmatan anda terutamanya pengguna yang mencari menggunakan enjin carian. Selain itu, beberapa panduan yang patut anda ikuti ialah:

  1. Memilih domain name yang pendek-Lagi kurang huruf, lebih baik. Lebih baik juga menggunakan domain name .com daripada .com.my.
  2. Mudah diingat– Bayangkan, apakah yang mudah kita ingat? sesuatu yang kelakar? sesuatu yang bijak? ataupun sesuatu yang mengejutkan? Domain name yang mengandungi unsur ini akan lebih mudah diingati. Cuba bandingkan antara ComedyComplexion.com ataupun funnyface.com. Tentulah funnyface.com. Ataupun antara kisahngeri.com dengan hantu.com. Tentulah kita akan lebih mengingati hantu.com
  3. Senang eja-Hal ini juga patut di ambil kira. Elakkan daripada menggunakan gabungan huruf yang boleh memberi bunyi yang sama. Contohnya huruf ‘i’ sama bunyinya dengan ‘ee’. Begitu juga dengan sh dan sy.
  4. Tidak mengelirukan-Domain name merupakan papan tanda perniagaan anda. Oleh itu, ia semestinya tidak mengelirukan pelawat laman web anda.