10 ciri affiliate yang patut anda ketahui

1- Program affiliate yang diusahakan oleh syarikat berdaftar (Suruhajaya Syarikat malaysia- “SSM” jika diMalaysia)

Program affiliate yang baik adalah program pemasaran (affiliate) yang diuruskan oleh sebuah syarikat berdaftar. Adakah anda tahu, kebanyakkan affiliate dahulunya dilakukan oleh individu, dan ia memungkinkan adanya penipuan dan tiada bantuan khusus kerana ia sekadar “one man show”. Bayangkan ianya dilakukan oleh individu tertentu, bagaimana bantuan yang anda harapkan? Kerana, seorang individu tidak mampu melayan ramai orang dalam satu masa dan sudah tentu anda boleh bayangkan yang beliau tidak begitu serius untuk menjalankan perniagaan. Mungkin juga beliau hanya akan berada dipasaran sebentar selepas itu tidak lagi menjalankan perniagaan tersebut.

2- Produk yang memberi nilai tambah pada pelanggan

Produk yang mampu memberi kebaikan kepada anda dan pengguna lain adalah satu produk perniagaan affiliate yang hebat. Mungkin anda rasa produk yang anda promosi hari ini cukup popular, tetapi tiada manfaat kepada pengguna lain, jadi kenapa mempromosi sedangkan anda tahu produk ini punyai jumlah masa hidup yang terhad (short life). Tetapi, jika anda ketahui yang produk tersebut mempunyai potensi yang besar untuk berjaya maka tidak salah untuk mencuba.

3- Produk yang diyakini mampu untuk bersaing & berkembang

Bagaimana anda boleh katakan produk ini mampu berkembang? kerap kali saya dengari keluh kesah “affiliate marketer Malaysia” yang acap kali hanya memasarkan produk affiliate seperti ebook dan tips-tips murahan yang tidak seberapa, adakah anda tahu.. ebook adalah satu contoh produk yang punyai jangka hayat yang bersifat sementara?

4- Mempunyai produk produksi tersendiri (Inhouse productions)

Ciri keempat produk atau program affiliate yang terbaik adalah satu produk yang dihasilkan oleh syarikat dan dikuasai oleh syarikat terbabit. Ianya terletak pada keunikan dan bentuk perkhidmatan itu sendiri. Sebagai contoh, affiliate program dari topup prepaid dan SMS. memanglah secara asasnya produk prepaid amat tinggi permintaanya. Tetapi berapa jumlah komisen yang diberi? Hal ini kerana kebanyakan program ini dekendalikan oleh pihak ketiga dan bukannya empunya produk tersebut iaitu syarikat telekomunikasi.

5- Ciri perniagaan yang mampu untuk berkembang

Ini merupakan satu lagi ciri affiliate yang baik yang patut anda ketahui. Tetapi ramai lagi para pengguna internet yang menyertai perniagaan yang hanya berkembang dengan sedikit ataupun tidak berkembang langsung. Contoh yang paling jelas ialah Google Adsense. Mereka juga berkata yang Google adsense ini adalah perniagaan mereka dan mampu memberi pendapatan yang banyak kepada mereka. Tetapi, ramai yang tidak mengetahui yang Google Adsense bukannya satu perniagaan kerana anda tidak melakukan apa-apa. Ramai yang mengatakan yang mereka mendapat antara 20K-30K sebulan dengan adsense, tetapi apakah benar? jika mereka punyai lebih dari 1 juta unique visitor setiap hari kemungkinan ada, tapi boleh dibilang dengan jari laman-laman web adsense seperti itu.

Anda boleh meletakkan banner adsense didalam blog atau web anda, tetapi jangan lah beranggapan Adsense itu perniagaan anda. Dengan polisi Adsense yang sentiasa berubah-ubah akan membuat anda hilang punca apabila anda tidak lagi dapat menggunakan Adsense. Carilah satu perniagaan berbentuk CPA (cost per Action). Promosi produk affiliate berdasarkan CPA, kerana ia jauh lebih baik dari adsense kerana ramai yang sudah bias dengan Adsense. Jika anda meletakkan Adsense sebagai sumber utama pendapatan internet anda ini bermakna anda sebenarnya masih jauh ketinggalan.

Ini saja yang dapat saya tulis pada malam ini

Dapatkan jumlah yang selanjutnya pada artikel saya yang akan datang

2 Respons


  1. Kalau Nak Buat Blog, Cuba Masuk Laman Web “Leoxa.com”
    (Themenya Cantik-cantik)


  2. shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

Tinggalkan komen