Tips 8: Pengiklanan bukan internet

Pengiklanan selain internet adalah pengiklanan yang menggunakan sumber-sumber lain sebagia tempat mengiklankan sesuatu produk atau laman web. Malangnya, ramai pengusaha perniagaan di internet mengabaikan pengiklanan melalui cara ini. Mereka menganggap cara ini agak tradisional atau ketinggalan zaman (MAAF bagi yang terasa). Ini merupakan satu kesilapan yang amat besar dan sepatutnya tidak dilakukan kerana mempromosikan sesuatu barang ataupun laman web menggunakan cara ini amatlah berkesan.

Ini kerana, bukan semua orang gemar melayari internet. Jadi cara pengiklanan selain internet dapat memberitahu mereka tentang laman web anda.

Antara cara-cara yang dilakukan untuk mempromosikan sesuatu produk ataupun laman web menggunakan cara ini adalah:

  1. Mencatatkan laman web anda pada bussines kad.
  2. Menggunakan media tulisan tradisional seperti surat khabar dan majalah
  3. Menggunakan media elektronik seperti radio dan television

Cara ini amat berkesan. Sebagai contoh, Gua.com telah berjaya mendapatkan ramai pelawat laman web mereka dengan mengiklankan laman web mereka di television.