Tips 7 : Bertukar-tukar link

Bertukar link merupakan salah satu lagi cara untuk mempromosikan laman web anda. Ia biasanya melibatkan pertukaran link antara laman web anda dengan laman web yang lain secara suka sama suka.

Contohnya, jika laman web anda berkenaan dengan aksesori komputer seperti printer, pendrive dan lain-lain, anda bolehlah bertukar link dengan laman web berkaitan komputer, laman web aksesori kereta boleh bertukar link dengan laman web yang berkaitan dengan kereta.

Apa yang berlaku dengan pertukaran link adalah seperti berikut:

Link anda akan berada pada halaman-halaman yang mempunyai tumpuan dan komuniti yang sama pada laman web yang telah anda setujui untuk bertukar link dan begitulah sebaliknya. Pelawat laman web yang mengunjungi laman web anda mungkin memerlukan khidmat laman web tersebut ataupun pelawat laman web tersebut memerlukan khidmat anda.

Apakah kelebihan yang akan diperolehi?

Dengan meyediakan link-link yang berkaitan, anda sebenarnya telah membantu para pelawat anda, dan kemungkinan besar pelawat tersebut akan kembali pada laman web anda oleh kerana link yang anda berikan amat berguna.