Menulis surat jualan yang bagus

Dah lama rasanya saya tidak menulis post di sini. Bukan apa, saya sebenarnya sibuk dengan aktiviti harian. Minggu lepas saya terpaksa bpergi bertanding story telling. Kemudian, menyertai aktiviti perkhemahan tahunan. Memang memenatkan.

Berbalik kepada topik kita iaitu bagaimana untuk menulis surat jualan yang bagus bagi mempromosikan sesuatu produk yang anda jual.

Surat jualan yang baik pasti mampu membantu menjual produk anda. Teknik yang saya dapatkan dari seorang tokoh perniagaan internet sendiri iaitu BKKTT  yang merupakan singkatan bagi Berita (B), Keseronokan (K), Keinginan (K), Tindakan (T), dan Testimonial (T).

Dengan formula mudah ini, anda pasti dapat menyusun strategi menarik perhatian pelawat terhadap produk anda dan akhirnya menukar seorang pelawat kepada pembeli. Bagaimana formula ini dilakukan?

Berita – Anda mengumumkan sesuatu berita seperti contoh “BAGAIMANA SEORANG SURIRUMAH MENJANA RM1000 SEHARI!” Ini adalah contoh headline berita yang hebat untuk memulakan penulisan e-book.

Keseronokan – Selepas membina header yang hebat, anda akan menulis satu janji-janji hebat seperti, “Kini menjana wang dari rumah menjadi sangat mudah dengan hanya 1 klik sahaja tanpa berpeluh…”. Ayat seperti ini menjanjikan sesuatu yang pasti menjadikan pelawat seronok untuk meneruskan pembacaan di web jualan anda.

Keinginan – Letakkan pakej produk anda yang unik ditambah dengan bonus-bonus hebat sehingga membuatkan pelawat tak tahan untuk membeli produk anda.

Tindakan – Masa untuk bertindak! Sediakan butang “Buy Now” agar pelawat terus membeli produk anda semasa keinginan untuk membeli tinggi.

Testimonial – Selitkan testimoni-testimoni pelanggan anda bagi menguatkan lagi tindakan dan keinginan pelawat untuk membeli…

Semoga tips kali ini dapat membantu meningkatkan jualan anda. Sekali lagi saya memohon banyak kemaafan atas kesalahan saya.

Tinggalkan jawapan