Buat Logo Online

Sebagai pengusaha perniagaan internet, mempunyai logo ataupun banner syarikat adalah menjadi satu kepentingan. Terutamanya ketika mempromosikan produk.

Malangnya masih ramai lagi yang tidak pandai membuat logo (termasuklah saya) terutamanya menggunakan software-software seperti Adobe Photoshop, Fire Work dan lain-lain lagi.

Tetapi sekarang masalah ini dapat diatasi kerana,baru-baru ini, ketika sedang melayari internet, saya ada terjumpa beberapa laman web membuat logo secara online. (Rupa-rupanya logo boleh dibuat secara online)

Jangan silap faham , saya tidak akan menerangkan panduan untuk membuat logo menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan sebagainya tetapi sekadar berkongsi laman web yang boleh digunakan untuk membuat logo secara online.Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat logo secara online. 

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah:

  1. www.angelfire.com/biz/banksenterprises/createabanner.html
  2. Logoease.
  3. makeyourbanner.com
  4. www.quickstepdesign.com

Anda tryla satu persatu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Leave a Reply