Kuasa Autoresponder

Ramai yang masih tidak mengetahui lagi apa itu autoresponder dan kehebatannya. Untuk pengetahuan saudara/saudari sekalian, autoresponder ialah satu sistem yang bertindak seperti pegawai kanan anda.

Untuk pengetahuan anda boleh dikatakan seluruh laman web perniagaan mempunyai sistem autoresponder mereka sendiri.

Dengan adanya autoresponder, anda boleh menghantar mesej secara serentak kepada 10, 100 malah 10,000 pelanggan dengan hanya satu klik sahaja. Anda boleh gunakan untuk berhubungan dengan pelanggan lama anda, membina hubungan dengan bakal pelanggan, memaklumkan tentang aktiviti terbaru, menyediakan kursus melalui email dan banyak lagi kegunaan autoesponder yang boleh anda teroka.

Satu sistem autoresponder juga akan menguruskan pelanggan atau bakal pelanggan anda dengan membolehkan mereka menyertai mailing list anda dan seterusnya membenarkan anda menghantar email kepada mereka dengan hanya mengisi borang opt-in yang disediakan.

Saya pasti anda biasa terjumpa laman web yang menyediakan borang yang mana anda perlu isikan nama dan alamat email  untuk  membolehkan anda mendapatkan sesuatu maklumat atau produk. Ia sebenarnya dikenali sebagai opt-in form dimana dengan mengisi borang tersebut anda sebenarnya bersetuju untuk menerima email dari pemilik web.

Ini juga akan dapat mengelakkan terjadinya dakwaan SPAM yang boleh menjatuhkan krtedibiliti anda kerana email yang dihantar adalah dengan kebenaran pelanggan anda. Mereka juga boleh menghentikan penerimaan email dari pemilik web pada bila-bila masa sahaja dengan hanya klik pada link yang disediakan.

Dengan menggunakan autoresponder anda juga boleh menyediakan terlebih dahulu mesej/email yang ingin dihantar, programkan kedalam sistem autoresponder dan  setkan tempoh masa mesej akan dihantar.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihannya. Apa yang perlu ialah tingkatkan kreativiti anda dalam menggunakan autoresponder bagi memaksimumkan kegunaannya.

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan autoresponder ialah;

  1. www.getresponse.com
  2. www.sendfree.com
  3. www.freeautobot.com
  4. www.awaber.com

Anda juga boleh mendapatkan script-script autoresponder yang boleh dicari melalui search engine.

Itu saja untuk kali ini, bagi yang tiada lagi sistem autoresponder ni cepat-cepat la pasangkannya.

 

Tinggalkan jawapan