Cara mudah kumpul senarai e-mail

Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana hampir dua minggu tidak ada artikel terbaru yang diterbitkan. Ini kerana saya terlalu sibuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Berbalik kepada perbincangan kita iaitu cara mudah untuk mengumpulkan senarai e-mail. Senarai e-mail yang saya maksudkan bukannya senarai e-mail yang membawa e-mail kita ke ruangan spam, tetapi e-mail yang ditunggu-tunggu oleh bakal pembeli anda.

Adakah anda pernah mendengar tentang JV Give Away & Kumpul Prospek? Tentu sekali ya.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan JV Give Away & Kumpul Prospek?

JV Give Away atau dengan kata lainnya ialah Joint Venture Give Away adalah satu acara besar-besaran yang melibatkan usahasama antara antara usahawan-usahawan internet di seluruh dunia. Dimana mereka akan bekerjasama untuk menyediakan produk percuma masing-masing. Ini kerana dengan mengedarkan produk percuma adalah cara terbaik untuk mengumpukan senarai e-mail prospek-prosperk.

Bukankah produk percuma adalah kesukaan ramai, betulkan apa yang saya cakapkan ni?

Semua orang dibenarkan untuk mendownload produk tersebut tetapi dengan syarat, mereka perlu mengisi borang autoresponder yang telah diletakkan oleh penganjur program tersebut. Dengan cara itu, maka senarai e-mail prospek dapat dikumpulkan.

Adakah cara ini berkesan?

Tentu sekali malah ada yang berjaya mengumpulkan senarai e-mail sehingga mencecah puluhan malah ratusan ribu.

Antara senarai e-mail JV Give Away ialah:

  1. Easter JV Give Away
  2. The Day of Summer Give Away

Untuk mendapatkan artikel penuh tentang JV Give Away, sila download di

http://www.pemasaranemail.com/

Nota::::: Saya dah buka satu lagi laman web iaitu Laman Iklan. Anda juga boleh mendapatkan e-book tersebut di sana bersama dengan beberapa e-book yang diedarkan secara percuma yang lain di ruangan muat turun percuma

Passwordnya ialah  (ahli sahaja)

Pergi sekarang ke Laman Iklan

Tinggalkan jawapan