Sambungan artikel lepas

Ini adalah sambung artikel yang lepas iaitu, Cara mengenalpasti ciri-ciri affiliate yang baik.

Affiliate yang baik perlulah mempunyai ciri-ciri yang berikut::::

6- Selidik potensi produk masa hadapan

Bagaimana anda boleh tahu produk affliate ini punyai prospek hadapan? Pertama sekali kenali industri tersebut, adakah ramai yang memerlukan produk tersebut. Mungkin anda tidak tahu dan mungkin tidak sedar, kebanyakkan affiliate popular diUSA adalah program perkhidmatan berbentuk CPA. Kerana produk berdasarkan pencapaian ini amat tinggi nilai kormesil dengan bantuan dan teknik yang betul anda pasti akan berjaya.

7- Rekod Bayaran cemerlang

Setelah berusaha mempromosi waktu bayaran haruslah tepat dan inilah yang amat ditunggu-tunggu oleh para peserta Affiliate. Mungkin ada sedikit kelewatan tetapi hanya 2-3 hari masih boleh dipertimbangkan. Sebelum anda memasuki sesuatu perniagaan affiliate itu, cuba anda search di google dengan perkataan [nama affiliate] [scam] digoogle. Sila lihat adakah apa-apa masalah yang blogger atau webmaster lain hadapi. Kalau ada, anda mestilah menjauhi program tersebut. Jika tidak ia bukannya menguntungkan anda malah merugikan anda. Setelah bekerja dengan bersungguh-sungguh, tetapi hasilnya entah kemana. Jika tiada, semak sekali lagi 6 list diatas. Jika syarikat terbabit memenuhi syarat diatas. tahniah anda telah berjumpa dengan lubuk emas.

8- Khidmat pelanggan yang baik

Khidmat pelanggan adalah satu faktor, cuba hantarkan email atau gunakan chat discussion jika laman web terbabit menyediakan chat support. Bagi saya chat support adalah satu cara terbaik didalam khidmat pelanggan diinternet. Jika syarikat terbabit tiada sistem chat, cuba hantarkan email pada mereka. Jika mereka tidak menjawab sebarang email, ini bermakna mereka tidak mampu membantu anda apabila anda sebagai affiliate mereka. Mungkin anda harus menghubungi mereka melalui talian telefon. Telefon Syarikat terbabit, dan jika telefon juga tidak berjawab. Mungkin anda harus ulanginya beberapa kali, jika langsung tiada jawapan dari 20 panggilan yang dibuat. lupakan, cari yang lain.

9- Bantuan latihan (Jika ada)

Perniagaan internet sememangnya adalah satu niaga yang menggunakan internet. Perniagaan affiliate yang terbaik menyediakan satu modul latihan. Bukan semata-mata menyediakan modul untuk menggunakan produk, tetapi ciri-ciri perniagaan affiliate yang terbaik menyediakan latihan dan kaedah teknik mempromosi kepada usahawan atau pemasar internet dari segi teknik menjual dan motivasi berkesan kepada usahawan affiliate.

10- Sistem komisen yang lumayan (tidak menindas)

Dalam sistem affiliate ini, anda akan dibayar antara 10-70 %. Tetapi jika anda, apakah yang anda akan pilih???? Tentunya affiliate yang memberi bayaran sebanyak 70% berbanding affiliate yang memberi bayaran sebanyak 10%

Benar, jumlah komisen amat penting jika anda inginkan perniagaan affiliate anda memberikan anda pendapatan yang konsisten. Banyak faktor yang menyebabkan sesebuah syarikat tertentu memberikan pemasar affiliate mereka komisen yang tinggi, dan kebanyakkan perniagan affiliate ini menyediakan perkhidmatan. Jadi carilah satu bisnes affiliate yang menyediakan perkhidmatan, agar momentum dan semangat anda terus kekal dengan komisen yang tinggi.

Artikel ini diolah dari 10 Ciri affiliate program paling top

Tinggalkan jawapan