Bagaimana untuk mengenal pasti perniagaan anda

Bagi mereka yang telah mempunyai produk mereka sendiri, mereka tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan apakah produk yang boleh mereka jual. Namun begitu, ramai yang masih tertanya-tanya dalam mencari apakah produk ataupun perkhidmatan yang paling sesuai untuk dijual terutamanya bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan internet.

Cara yang paling baik untuk menentukan atau mencari produk atau perkhidmatan yang diniagakan adalah dengan meneliti permintaan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Malangnya, kebanyakan pengusaha perniagaan internet telah mengalami kegagalan akibat melakukan langkah yang terbalik iaitu mendapatkan produk terlebih dahulu, manakala mencari permintaan pula diletakkan di belakang.

Oleh itu, sebelum menentukan sesuatu produk yang akan dijual, adalah penting untuk cuba meneliti persekitaran. Perhatikan apa permintaan yang tertinggi seperti sketsa yang berlaku di bawah.

Malangnya, kebanyakan pengusaha perniagaan internet telah mengalami kegagalan akibat melakukan langkah yang terbalik iaitu mendapatkan produk terlebih dahulu, manakala mencari permintaan pula diletakkan di belakang.

Anda semua tentu pernah mengalami dimana ketika anda ingin membuat sesuatu kerja, tetapi mengalami kesukaran untuk membuat pekerjaan tersebut, pasti terdetik di hati anda perkataan ini

“Kalulah ada produk yang boleh ……..tentu senang kerja saya ini”

Biasanya anda tidak dapat berbuat apa-apa selain meneruskan juga kerja anda itu dengan hati yang berat, cuma anda mengetahui produk yang dapat membantu kerja nada itu dijual selepas beberapa bulan kemudian.

Apa yang penting, beri tumpuan pada bidang yang anda gemari dan mempunyai kepakaran. Contohnya, hobi ataupun kerja anda sekarang. Jika hendak berniaga untuk pasaran antarabangsa pula, fikirkan apa produk yang banyak di negara kita tetapi sedikit di negara yang lain, apa yang diperlukan orang tetapi bekalannya agak terhad.

Semoga anda berjaya memilih produk yang sesuai dengan anda.

Tinggalkan jawapan