Cara-cara promosi guna e-mail

Sudah tentu anda semua mengenali e-mail kerana hampir semua pengguna komputer mempunyai e-mail mereka sendiri. Menurut kajian, penggunaan e-maio adalah menjadi tujuan utam penggunaan internet dunia.

Atas sebab itulah maka mempromosikan sesuatu produk atau laman web melalui e-mail adalah satu cara yang bijak. Tetapi, oleh kerana terdapat banyak junk mail dan spam yang terdapat pada e-mail, menyebabkan kredibiliti e-mail sebagai alat promosi telah menurun. Anda juga tentu sering menerima e-mail-email yang menjinjikan kekayaan, menjual penawar, e-book, dan e-mail-email junk yang tidak senonoh.

Walaubagaimanapun, e-mail juga boleh digunakan untuk mencapai tumpuan pemasaran, jika mengikuti cara yang betul. Apa yang paling penting ialah, elakkan menghantar e-mail secara membabi buta kepada para penguna, kerana anda tentunya akan dipandang serong serta dianggap sebagai pemenuh ruang e-mail mereka dengan e-mail-email yang tidak mereka perlukan. Cara yang terbaik ialah menghantar e-mail kepada mereka yang meminta ataupun berminat untuk menerima e-mail dari anda.

Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada bagaimana cara anda menulis e-mail tersebut. Bagaimana nak menulis e-mail yang efektif dan dapat diterima penerima?

  1. Elakkan cara penulisan yang bersungguh-sungguh dan dipenuhi dengan janji manis yang melampau.
  2. Elakkan dari terus mempromosikan produk anda. Ia seakan-akan tidak memberi peluang kepada penerima untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang anda dan produk anda. Kerana tujuan e-mail adalah untuk membina keyakinan pada pelanggan untuk membeli produk anda.
  3. Memberi fokus kepada penerima e-mail tersebut. Seperti, Selamat pagi saudara, Arifin,
  4. Letakkan tajuk yang menimbulkan tanda tanya di hati para penerima.
  5. E-mail yang dihantar perlulah mengandungi maklumat berguna bagi para pelanggan.

Semoga anda mendapat manfaat dari apa yang saya tulis ini. Selamat berjaya

Satu Respons


  1. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tinggalkan jawapan