Menulis surat jualan yang bagus

Dah lama rasanya saya tidak menulis post di sini. Bukan apa, saya sebenarnya sibuk dengan aktiviti harian. Minggu lepas saya terpaksa bpergi bertanding story telling. Kemudian, menyertai aktiviti perkhemahan tahunan. Memang memenatkan.

Berbalik kepada topik kita iaitu bagaimana untuk menulis surat jualan yang bagus bagi mempromosikan sesuatu produk yang anda jual.

Surat jualan yang baik pasti mampu membantu menjual produk anda. Teknik yang saya dapatkan dari seorang tokoh perniagaan internet sendiri iaitu BKKTT  yang merupakan singkatan bagi Berita (B), Keseronokan (K), Keinginan (K), Tindakan (T), dan Testimonial (T).

Dengan formula mudah ini, anda pasti dapat menyusun strategi menarik perhatian pelawat terhadap produk anda dan akhirnya menukar seorang pelawat kepada pembeli. Bagaimana formula ini dilakukan?

Berita - Anda mengumumkan sesuatu berita seperti contoh “BAGAIMANA SEORANG SURIRUMAH MENJANA RM1000 SEHARI!” Ini adalah contoh headline berita yang hebat untuk memulakan penulisan e-book.

Keseronokan - Selepas membina header yang hebat, anda akan menulis satu janji-janji hebat seperti, “Kini menjana wang dari rumah menjadi sangat mudah dengan hanya 1 klik sahaja tanpa berpeluh…”. Ayat seperti ini menjanjikan sesuatu yang pasti menjadikan pelawat seronok untuk meneruskan pembacaan di web jualan anda.

Keinginan - Letakkan pakej produk anda yang unik ditambah dengan bonus-bonus hebat sehingga membuatkan pelawat tak tahan untuk membeli produk anda.

Tindakan - Masa untuk bertindak! Sediakan butang “Buy Now” agar pelawat terus membeli produk anda semasa keinginan untuk membeli tinggi.

Testimonial - Selitkan testimoni-testimoni pelanggan anda bagi menguatkan lagi tindakan dan keinginan pelawat untuk membeli…

Semoga tips kali ini dapat membantu meningkatkan jualan anda. Sekali lagi saya memohon banyak kemaafan atas kesalahan saya.

5 sebab tak berjaya

Hari ini, ada seorang yang telah menghantar sebuah e-mail tentang 5 sebab mengapa tidak menjadi kaya dan berjaya dalam menjalankan bisnes internet anda.

Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan  melangkah ke arah kejayaan.

Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada…
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata “Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya.”

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak  bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Jadi, elakkanlah semua perkara di atas berlaku kepada anda semua. Nulakan perniagaan anda sekarang dan nikmati hasulnya.

PSS:Saya nak tanya kalau ada yang dapat beritahu saya macam mana nak buatkan laman web kita muncul di search engine dan berada di muka depan?

Lawatilah blog terbaru saya dan berilah beberapa komen tentangnya.

Lawatilah sekarang di www.magnetictherapy2u.blogspot.com

Cara daftar adsense untuk blog BM

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana banyak content yang hilang pada blog saya ini seperti widget yang berada di side bar. Hal ini kerana terdapatnya sedikit gangguan pada dashboard saya.

Ok, berbalik kepada perbincangan kita iaitu cara mendaftar adsense bagi blog atau website berbahasa melayu. Saya lihat ramai blogger bahasa melayu yang gagal mendaftar adsense. Situasi ini turut berlaku kepada manusia yang sedang menulis artikel ini. Dah  berapa kali saya cuba memohon untuk meletakkan adsense di blog ini dan blog BM saya yang lain (Laman Iklan dan Laman Pelajar). Tetapi tidak berjaya.

Tetapi, baru-baru ini ketika saya sedang surf kat internet, saya menjumpai satu laman web yang mengajarkan kepada saya bagaimana untuk meletakkan adsense pada blog/website BM.

Nak tahu caranya:

  1. Ok, mula-mula anda bina satu blog BI. Saya cadangkan guna blogger sebab permohonan anda akan diterima dengan lebih cepat dengannya. Betul, percayalah. Untuk pengetahuan anda permohonan saya hanya mengambil masa kurang dari 12 jam untuk diterima mudahkan.
  2. Anda buatlah beberapa post. Tetapi jangan pada tarikh yang sama.
  3. Setelah siap, anda mohonlah untuk meletakkan adsense di blog tersebut di alamat google.com/adsense.
  4. Isi borang dan hantar.
  5. Tunggu permohonan tersebut.
  6. Setelah berjaya, barulah anda tukarkan post yang berbahasa inggeris tu ke BM.

Mudahkan, cubalah. Anda juga bolehlah letakkan daftarkan blog lama anda pada account adsense tersebut dan letakkan kod adsense di situ.

Pss: Kalau tak percaya, pergilah ke magnetictherapy2u.blogspot.com dan lihatlah sendiri kenyataannya. (itu ialah blog saya yang terbaru yang dibuat pada tarikh 3 Jun 200 8)